Home Breaking News Aliya Model 16 Tahun Yang Cemerlang

Aliya Model 16 Tahun Yang Cemerlang

159
Aliya Model Malaysia. foto utusan.

KUALA LUMPUR, CITRAINDONESIA.COM- Baru berusia 16 tahun, tetapi Nur Alya Iman Mohd. Azmil sudah mempunyai portfolio cukup cemerlang dalam industri fesyen Muslimah.

Tidak sekadar bersandarkan pada wajah cantik, langkah komersial gadis muda ini turut disertakan kerja keras untuk berdiri tegak dalam industri yang digelutinya sejak usia 13 tahun.

Aliya

Terus melangkah agresif dalam mengembangkan karier sebagai seorang model, baginya usia yang muda bukan halangan.

Sebaliknya, inilah masa dia menimba ilmu dan mengumpul pengalaman memandangkan gelombang fesyen Muslimah di Malaysia semakin positif.

Merupakan anak bungsu dari lima beradik, dia hadir dengan persalinan busana kasual dan wajah yang disolek ringkas pada sesi fotografi bersama Mega Rona, sambil ditemani kakaknya, Nur Amalia Batrisya.

“Jika dikira tahun ini genap tiga tahun saya menceburkan diri dalam bidang peragaan. Pada mulanya, sekadar suka-suka kerana ingin mencoba sesuatu yang baru. Tidak sangka pula niat itu telah menyemai minat dan mendorong saya untuk lebih serius dalam bidang ini,” ujarnya kepada utusan.

“Lagipun, sejak kecil saya suka beraksi di hadapan kamera. Apabila diberi peluang di bidang ini, saya anggap sebagai peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan.

“Ramai yang tak percaya saya masih lagi sekolah, mungkin disebabkan wajah saya kelihatan matang dan mempunyai tinggi 170 sentimeter tidak seperti pelajar sekolah. Namun, saya tidak personaliti, inilah yang membawa nama saya dikenali dalam bidang peragaan,” kata Alya. (oca)

Komentar

Komentar